Thursday, June 30, 2011

Tune Hotels Danga Bay

Ini 1st time kami stay di Tune Hotels, lepas survey dan baca review di internet kami pun terus booked untuk 4 hari.. so kami stay dari 24 june sampai 27 june.

Perjalanan dari Tol Putrajaya ke Tune Hotels Danga Bay ni lebih kurang 4 jam. Ada lah behenti di RnR sekejap2. Tune Hotels ni masih baru,so GPS tak dapat nak route jalan yg tepat. Cuma setkan ke area danga bay mesti akan sampai. Tempat pun masih baru,laluan jalan depan hotel pun masih under construction.









Thursday, June 23, 2011

Seoul Garden OU~~ Mama's Birthday


Hari ni 22 June 2011 sambut birthday mama putrisha kt Seoul Garden, One Utama. Lokasi dekat Old Wing, 1st floor. Size lebih kurang IOI Mall juga. If pergi time birthday, just tunjukan IC dan akan dpt discount 50% utk birthday person tu. Kira dah jimat banyak tu ;)

Pilihan makanan sama saja dengan Seoul Garden yang lain.
Birthday's Mama :)





Wednesday, May 11, 2011

Mother's day @ Seoul Garden

8th May - Sempena Hari ibu..kami semua pergi ke Restoran Seoul Garden di IOI Mall Puchong.
Buat reservation a day before,mane la tahu full pula nanti.










Total untuk 6 org for lunch - rm203.00

Wednesday, March 23, 2011

ASD dah habis kuota??

Dari bulan Jan 2011 sampai la ke bulan Mar ni...tiap2 kali nak masukkan duit dalam akaun ASD mesti xblh..alasannya xde kuota utk buat transaksi pelaburan...

Kesian kt Putrisha xblh nak simpan duit..tiap kali nak simpan mesti kena pergi banyak bank & pejabat pos, ikut nasib juga..kadang2 ada kuota sikit blh la buat transaksi, tapi kena cepat.

Kami punya andaian mungkin sebab kebanyakkan ibu bapa yang buka akaun ASD ni utk simpanan anak2..so, blh jadi lebih banyak simpanan dari pengeluaran...kalo simpanan sendiri mmg selalu la keluar masuk je..;)

Sekarang ni ada satu lagi pelaburan yang menarik..AHB yang ni kne buat urusan di caw Maybank je..starting modal pelaburan rm500 shj..memandangkan Putrisha dah ade dua je simpanan stakat ni ASD dgn Tabung Haji (potong bulan2)
AHB ni kne tgu dan lihat dulu...kalo ASD mmg dah tak boleh nak simpan..kne la bukan akaun AHB ni..mane2 pun ok utk simpanan anak...ape yang penting utk masa depan dia juga..

Dilema nak beli rumah~~

Dalam dilema skarang ni..nak beli rumah yang belum siap(still in development progress) atau pun rumah 2nd hand...ermmm..masing2 ade pro n contra.


Target area Puchong-Cyberjaya..so maknanya dalam area Taman Putra Perdana atau pun Aman Putra.

Aman Putra ada baru tgh progress, maybe hujung tahun ni siap n di Putra Perdana kami berkenan dengan rumah semi-d. walaupun developernye Talam (yg terkenal dgn hasil yang kurang elok dan tak berkualiti)

~nota: bukan salah kuih talam ni ye ;P~

Dah hampir 2 thn duduk area Putra Perdana ni, rase selesa sebab kawasan sini tak crowded sgt nak banding dgn kawasan Puchong yang lain mcm Puchong Perdana etc. Nak ke Putrajaya. toll pun senang.

ermmm..masih di dalam dilema..tp InsyaAllah ade rezeki ade la nanti..same2 la doakan ye ;)

Tuesday, March 22, 2011

Buka booth jualan di Hot Air Ballon Fiesta @ Putrajaya

Minggu lepas,kami ada buka booth di Hot Air Ballon Fiesta di Putrajaya selama 4 hari dari 17- 20 Mac 2011. boleh ke blog asriedashoppe utk detail ye..
~ini la rupa booth yg tak seberapa tu~

Ini permulaan bagi kami belajar sikit tentang bisnes, selama ni buat secara online. Penat rupanya buka booth ni ye..bisnes online sambil baring atas katil pun blh jual barang ;)


~Hot air ballon dari depan booth~

Dari 1st setup sampai la nak kemas2 barang..sepanjang 4 hari tu hujan sebelah petang..mmg dugaan betul. Tapi itu semua bagi pengalaman amat bermakna bagi kami utk kuatkan usaha utk impian buka butik sendiri ..InsyaAllah..
~sempat snap gambar sementara xde customer~

~busy dkt booth,xsempat nak naik,lagipun kena q panjang beli tiket~

Alhamdulillah percubaan kali pertama kami dapat pulangan yg kami rasa berbaloi, sampai kehabisan stok..dah mcm peniaga yg byk pengalaman pulak...kesian tgk Putrisha tido dlm kereta..hehehe..xpe la sayang ye..nnt papa ngn mama belanje makan..;)

Thursday, March 10, 2011

mari berE-filling lagi tahun ini :)


Masuk tahun ini, dah 3 tahun gunakan perkhidmatan E-filling LHDN, memang mudah dan cepat..key-in ke apa yang patut dari BE form, pastu make sure semua resit-resit tahun lepas (2010) kena la simpan untuk dptkn kelepasan cukai.
Alhamdulillah tahun ni dapat lagi bayaran terlebih bayar sebab dah siap2 buat potongan PCB, sama mcm tahun lepas..tapi tahun ni kene cukai banyak la juga.. ;(

siapa2 yang belum buat tu, cepat2 buat..lagi cepat lagi bagus sebab cepat dapat cek lebihan bayaran..hehe tarikh last hujung bulan April 2011.

Sunday, March 6, 2011

~Universal Studio Singapore Ticket~


Ini la rupa ticket masuk Universal Studio Singapore...lepas settel payment,nnt received confirmation email,lepas tu blh la print ticket cth mcm kt atas ni.. ;)

utk info.. harga ticket USS ni lain utk weekdays $64 dan weekend $72, memandangkan kami nak pegi hari sabtu,jadi terpaksa la beli yg harga $72..dlm rm174 la ringgit Malaysia,so total 2 org rm348...nasib baik Putrisha xyah kene ticket

baca review dkt forum & blog lain, ada yg bg tau harga ticket ni termasuk dgn voucher $5 meal & $5 merchandise..tp ada yg bg tau dh xde promotion voucher lagi..ermmm?? tgu dan lihat je la..

Cuti-Cuti Malaysia (and singapura) ;)


Tahun ni InsyaAllah ada masa untuk pergi holiday, tak ada agenda yang besar tahun ni..

So, this year punya holiday dah plan.... bulan june nnt InsyaAllah kami akan pergi bercuti ke Singapore..Universal Studio Singapore (USS) plan dalam 4hari 3malam,tido di danga bay.

Hotel + Shuttle bus + ticket USS dah beli, just tggu the D day je ;) cuma passport belum buat lagi. Plan nak buat passport 5 tahun terus utk Putrisha,mana tau ada rezeki nanti boleh jalan2 ke negara2 lain pula (korea~~~kot..hehe)
Hotel kami pilih Tune Hotel,Danga Bay.. nak try pula hotel ni sebab lebih bajet dan lepas baca review,byk positive feedback. Ape yang penting pada kami ialah selesa n bersih,bukan nak pergi holiday duduk terperap dlm hotel je pun.Tune Hotel danga bay ini pun ada sediakan shuttle bus terus ke USS,so lebih mudah, kami dah booked awal2..

2nd day pulak plan nak beranikan diri drive dalam singapore..nak kne study dgn sape2 yg pernah drive ke sana la nnt..

InsyaAllah bulan December nnt kami akan bercuti ke Kuching, Sarawak pula, cuti ni tak plan sebenarnya tapi tiba2 pula AirAsia.com ada buat promosi tiket rm5 je, so try nasib kot2 ada dpt tiket murah.

Try punya try,lastly dapat tiket flight pergi balik rm106 sahaja utk 3 org..Putrisha dah kena bayar utk ticket Adult sebab bulan dec nnt dah umur 2 tahun, Alhamdulillah..

Hotel pun kami dapat rate yang super murah, di Tune Hotel, Waterfront Kuching. utk 3h2m di sana hanya rm34 shj...mmg berbaloi2...so,total utk holiday ke Kuching nnt tak sampai rm200 dh blh dpt ticket flight + hotel utk 3 org...
So,nantikan review holiday kami nnt ye..;)

Wasallam

Friday, February 25, 2011

Makan-Makan @ Padi House,Cyberjaya

Padi House Cyberjaya, dalam kawasan prima avenue satu tempat dengan Old Town , Kitchen Village etc. Sekitar kawasan yang menarik ada sport center,bank dan HQ company besar2.

Tempat makan open air ada kolam ikan di keliling restoran. Western & Chinese stlye -HALAL

WIFI Free - So,blh surf time nak tggu makanan sampai.

Stir Fried "Dry Shrimp" Beef Rice - RM9.90


Grilled New Zealand Sirloin Steak - RM24.90

Utk Putrisha - French Fries - RM4.90 & Banana Bowl - RM5.90
Tgk saja muka Putrisha yg hepi dpt makan mcm2


Sangat rajin bila dapat pensil & kertas
sempat surfing sebab free WIFI
Overall restoran ni Ok la utk makan sekali sekala - untuk Western food not recommended sgt sbb terlalu simple, gravy utk steak tak banyak & mayonis utk french fries pun tak byk.
Kalau nak try Chinese food better pergi restoran sebelah iaitu Kitchen Village.

Sunday, February 20, 2011

I am Foursquare Addicted ;)


Tahu apa tu Foursquare? mesti ada yang tahu dan tak tahu...

Mula main foursquare dari last year bulan May 2010 lepas beli Nokia 5230, suka2 check-in sana sini..ikut ada masa la..

Lepas tu sejak pakai BB Curve sejak bulan Dec 2010 (nokia tu still pakai lagi..mmg penting utk GPS), makin menjadi2 pulak ketagihan untuk check-in..hehehe,pantang stop or passing by dkt mana2...sure check-in..

Bulan lepas lepas surf dkt web foursquare store, "terorder" pula sticker logo foursquare..After 3weeks sampai sticker tu kat rumah, Original from Iowa,USA okkkk...hehe..
Sticker ni ada 10pcs sapa2 berminat nak beli klik sini.

Today 21/2 - Dah ada 26 badges dalam koleksi...and many more to go and to hunt...hehe

herewith the addicted collection ------------->http://foursquare.com/askrules ;)

Wednesday, February 16, 2011

~Blog yang sekian lama tak update~

Lama rasenya tak update blog yang satu ni..asyik fokus dekat Asrieda Shoppe je.

Alhamdullah,kami dah daftarkan perniagaan di SSM dengan nama Asrieda Shoppe Enterprise.Jadi semakin busy dengan sedikit plan yang dirancang. Sila la lawat ke blog niaga kami ye.

InsyaAllah,blog ni akan diupdate semula. Putrisha pun dah makin membesar dan mcm2 perangai dan telatah.

Macam-macam cerita ada...;)